May 24, 2012

Zikrullah Amalan Yang Paling Utama

Zikrullah (mengingati Allah) merupakan amalan yang paling utama di sisi Allah SWT, sebagaimana firmannya:

“… dan sesungguhnya mengingati Allah itu adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya)” [TMQ al-Ankabut (29): 45]

Rasulullah SAW pernah bersabda,

"Mahukah kalian aku beritahu tentang suatu amal yang paling baik dan paling suci di sisi Tuhan kalian, yang (dengannya) ia dapat meninggikan darjat kalian di sisiNya?”. “Tentu saja,” jawab para sahabat. Beliau lalu bersabda, "Zikrullah” (mengingati Allah)."
(HR Ahmad, at-Tirmidzi dan Ibn Majah).

Berkenaan dengan hadis mengingati Allah ini, Syeikh Zakaria al-Kandahlawi di dalam kitabnya Fadhail Amal menjelaskan bahawa keutamaan zikir ini adalah berdasarkan kepada keadaan umum. Ini adalah kerana terdapat keadaan-keadaan lain yang tertentu di mana amalan-amalan lain seperti  jihad dan sedekah dipandang lebih utama.

Dalam hal ini, apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan zikrullah itu (mengingati Allah)? Para ulama' membahagikan zikrullah itu kepada tiga bahagian:

Pertama: zikir dengan lisan, yakni dengan memperbanyakkan menyebut kalimat-kalimat thayyibah seperti istighfar, tasbih, tahmid, takbir, tahlil dan lain-lain. Antaranya seperti sabda Rasulullah SAW, "Zikir yang paling utama adalah mengucapkan La ilaaha illallah." (HR At-Tirmdizi, Ibn Majah dan Ahmad).

Kedua: zikir dengan kalbu (hati), yakni dengan senantiasa memperbanyakkan bertafakur (berfikir), muraqabah (merenung) dan memuhasabah diri. Antara cabang-cabang daripada amalan tafakur adalah seperti rajin menghadiri majlis-majlis ilmu terutamanya ilmu-ilmu yang berkaitan dengan masalah fardhu 'ain seperti aqidah dan fiqh syariah. Dalam hal ini, Rasulullah SAW bersabda, "Jika kalian melewati taman-taman syurga, maka berhentilah dan masuklah ke dalamnya." Para sahabat bertanya, "Apakah taman-taman syurga itu, wahai Rasulullah?. "Baginda menjawab, "Majlis-majlis zikir (ilmu)." (HR at-Tirmidzi dan Ahmad).

Para sahabat Nabi SAW memahami bahawa majlis zikir yang disebutkan dalam hadis di atas adalah majlis ilmu, yakni majlis yang membincangkan tentang masalah aqidah, halal-haram dan hukum-hakam syariah. Pada zaman Nabi, tidak terdapat majlis di mana orang duduk beramai-ramai sambil menyebut kalimah tasbih, tahmid dan tahlil. Sebaliknya yang ada adalah majlis halaqah-halaqah pengajian ilmu. Daripada sini kita dapat melihat, dengan menghadiri majlis-majlis ilmu dan memahami hukum halal-haram serta hukum-hakam syariah yang lain, setiap Muslim akan senantiasa terikat dengan hukum syarak dalam seluruh ucapan dan perbuatannya. Ini sekaligus merupakan bentuk zikir yang ketiga iaitu zikir melalui perbuatan. Inilah zikir yang paling utama. Mengapa dikatakan demikian? Ini adalah kerana zikir dengan lisan, yakni dengan memperbanyakkan menyebut kalimat-kalimat thayyibah adalah termasuk dalam kategori ibadat sunat sahaja. Sedangkan zikir dengan kalbu seperti menghadiri majlis-majlis ilmu adalah sebahagian daripada tuntutan thalab 'ilmi (menuntut ilmu), yang mana hukumnya adalah wajib.

Walau bagaimanapun, menghadiri majlis-majlis ilmu semata-mata tidak akan membawa apa-apa erti jika ilmu yang dipelajari dan difahami itu tidak diamalkan atau diterjemahkan melalui perbuatan dalam kehidupan. Malah, bukan sekadar tidak diamalkan, ia juga boleh membawa kepada keharaman jika ilmu yang dipelajari itu bertujuan untuk bersaing dengan para ulama' atau untuk memperdayakan orang-orang yang bodoh. Hal ini hanya akan mengundang murka dan azab  Allah SWT. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Sesiapa sahaja yang mencari ilmu demi untuk bersaing dengan para ulama', memperdaya orang-orang yang bodoh atau untuk mencari perhatian manusia, maka Allah pasti akan memasukkannya ke dalam neraka." (HR at-Tirmidzi).

Adapun zikir melalui perbuatan, yakni dengan selalu mengikat ucapan dan perbuatannya kepada hukum-hukam Allah SWT, ini menunjukkan bahawa pelakunya bukan sahaja mempelajari dan memahami hukum-hukam Allah, bahkan ia telah melakukan amal yang baik (hasan al-amal). Sesungguhnya amal yang baik inilah yang akan dinilai oleh Allah SWT, bukan semata-mata terhadap ilmunya. Dalam hal ini, Allah SWT berfirman:

“(Allah) Yang telah menciptakan kematian dan kehidupan, untuk melihat siapakah di kalangan kamu yang terbaik amalnya”. [TMQ al-Mulk (67): 2].

Menurut Imam al-Qurthubi di dalam tafsirnya, frasa kalimat ahsan al-'amala dalam ayat tersebut dimaksudkan sebagai, "yang paling menahan diri daripada perkara-perkara yang haram dan yang paling bersegera dalam melakukan ketaatan."

Mudah-mudahan kita semua mampu untuk selalu mengingati Allah (zikrullah) baik melalui lisan, kalbu (hati) mahupun dengan perbuatan. Jangan sampai lisan kita hanya selalu basah dengan menyebut kalimat-kalimat thayyibah, kalbu kita penuh dengan pengetahuan tentang hukum-hakam Allah, tetapi perbuatan-perbuatan kita dalam kehidupan melakukan perkara-perkara yang sebaliknya. Adalah sangat buruk dan jelek jika seseorang Muslim yang rajin menghadiri majlis-majlis zikir yang di dalamnya ia banyak menyebut kalimat-kalimat thayyibah bahkan sehingga teresak-esak menangis dengan penuh khusyuk, tetapi setelah keluar daripada majlis-majlis sebegitu, dia tetap terus gemar menghadiri 'majlis-majlis' maksiat kepada Allah. Ia tetap membuka aurat di hadapan khalayak, melakukan korupsi, terlibat dengan riba, membohongi dan menzalimi rakyat, tidak berlaku amanah, mengabaikan masalah-masalah yang menimpa umat di seluruh dunia, tetap menolak untuk ditegakkan institusi syariah (Khilafah) yang mana melaluinya dapat diterapkan hukum-hakam Islam secara kaffah dalam negara.  Semoga para penguasa dan ahlul quwwah (golongan yang memiliki kekuatan/ketenteraan) umat Islam pada saat ini terbuka mata hati dan fikirannya untuk segera menyahut seruan Allah untuk mendirikan Negara Islam tanpa banyak alasan, sepertimana yang telah dilakukan oleh kaum Ansar di Madinah terdahulu. Allahumma Ameen.

May 16, 2012

Talk Show : Harapan Wanita Untuk Masa Depan Malaysia Lebih Baik

Wanita Malaysia kini menghadapi tekanan dan kesulitan dalam mengatur hidup keluarga dan dirinya sendiri. Bagi wanita yang telah berumahtangga dan mempunyai anak sekaligus keluar bekerja, mereka terpaksa membahagikan masa dan perhatian kepada komitmen kerja dan pengurusan rumahtangga. Ketika keluar bekerja, anak kecil terpaksa dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak manakala anak remaja pula terbiar bebas mencari aktiviti mereka sendiri.

Hal ini turut menjadi penyumbang kepada peningkatan kes pembuangan bayi, kes penculikan dan penderaan kanak-kanak, gejala sosial remaja, budaya coupling, penzinaan, kelahiran anak luar nikah, pemerdagangan
wanita dan sebagainya. Kejadian-kejadian ini saban hari dilaporkan di dada-dada akhbar.

Dalam keadaan ini, timbul persoalan dan kekeliruan dalam benak mereka tentang apakah yang akan terjadi kepada masa depan anak-anak dan rumahtangga mereka jika keadaan ini berterusan.

Bagi wanita yang belum berumahtangga pula, mereka sibuk mengejar kemewahan untuk memastikan kehidupan mereka terjamin pada masa hadapan. Sesetengahnya pula memilih untuk tidak berumahtangga kerana takut dipergunakan atau ditindas oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Dilema ini menyelubungi mereka kerana menyedari realiti kehidupan di sekitar mereka kini tidak mampu membela masa depan mereka.

Jadi, adakah anda mahu terus hidup dalam keadaan ini atau anda inginkan keadaan yang lebih baik? Ikuti perbincangan menarik dalam Talk Show yang bertajuk Harapan Wanita Untuk Masa Depan Malaysia Yang Lebih Baik.

Kami menjemput kepada semua wanita yang berkeinginan dalam membawa Malaysia kepada perubahan yang lebih baik dan benar dalam kehidupan mereka,  untuk bersama-sama menyertai kami dalam talk show yang julung-julung kali dianjurkan oleh Muslimah Hizbut Tahrir Malaysia (MHTM) ini.



Apr 22, 2012

Enjoying Clerking Clinical Cases

Dah 3 minggu sangkutan klinikal di salah satu pusat perubatan di Malaysia. Buat masa nih, segalanya berjalan dengan baik Alhamdulillah. Bila difikirkan balik, semakin saya kerap clerk case rasanya semakin banyak benda baru yang diperolehi. Alah, biasalah tuh kan. Semakin banyak belajar, semakin banyak yang diketahui dan semakin banyak juga perkara lain yang belum diterokai. Sungguh ilmu yang manusia peroleh amatlah sedikit kalau hendak dibandingkan dengan ilmu ALLAH.

Walaupun ada juga case yang diperolehi tidak complicated, namun dengan guidelines yang telah diberikan dapatlah juga membuatnya dengan baik. Untuk semester terakhir ini (InsyaAllah, ameen), kes klinikal yang diberikan lebih spesifik. Contohnya, kalau ada kes kanak-kanak, kena ke wab paediatrik. Kalau ada sakit mental, kena ke wad psiakiatri dan sebagainya. Buat masa nih, saya suka berada di wad kanak-kanak dan juga wad sakit puan (Obstetrics & Gynecology). Kenapa? Tiba-tiba rasa nak mengandung dan ada anak. Huhuhu. Alasan!

Bukannya apa, dengan beradanya di dua wad tersebut, rasa macam naluri yang telah dikurniakan kepada wanita itu terangsang. Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya terlahir. Almaklumlah, naluri keibuan nih bila-bila saje boleh muncul lebih-lebih lagi bagi yang sudah berkahwin seperti saya :P Jika sebelum-sebelum nih saya rasa tak berapa best bila clerk case, tapi sekarang sungguh berlainan. Mungkin sebab saya semakin menghampiri ke dunia sebenar yang saya pelajari ini. Jadi saya rasa saya hendak memaksimumkan masa yang tinggal hanya beberapa minggu sahaja lagi untuk bergelar pelajar. Dan selepas itu, pastinya dunia pekerjaan yang penuh dengan dugaan di dunia kapitalis ini. Huhuhu.

Well, partner saya untuk clinical attachment kali ini dengan gadis yang bijak dan cantik. Sebelum nih pun sama. Saya suka bekerjasama dengannya walaupun tidak selalu (sebenarnya baru sekali je, :D). Sebab semester lepas dah kena marah sebab kongsi kes bukan dengan partner. Huhuhu. Lecturer tegur purpose adanya partner adalah bila kes kurang kena kongsi kes. Jadi, kongsi kes harus dengan partner. Baiklah. =.= Apapun, berpasangan bersama ketika belajar yakni same gender sangat bermanfaat untuk lebih memahami sesuatu kes terutamanya bahagian klinikal. Takdelah kita perah otak sorang-sorang nak cari idea or kalau tak faham, boleh tanya kan. Tetapi untuk kebanyakkan waktu, semua itu adalah karut belaka. Sebab Melayu-Melayu, Cina-Cina. Macam mana nak hilangkan bangsa sebegini seperti yang PM kita cuba terapkan dengan adanya 1Malaysia?? Jawapannya mudah sahaja! Tunggu entri seterusnya yang akan dikupas berkenaan tajuk 1Malaysia adakah benar atau Khayalan. InsyaAllah.

Okeyh, habis tentang partner. Sekarang tentang ethics mungkin. Kadang-kadang, manusia sering terlupa atau terlepas pandang. Manusia kan tidak sempurna. Sebagai pelajar jurusan profesional, ethics atau etika kerja sangat penting. Alahh, kalau dalam Islam benda-benda macam nih mudah sahaja sebab semuanya buat kerana Allah SWT. Takdenya sebab manfaat atau benda lain. Hendak dijadikan cerita, kiranya batch kami macam sangat good attitude lah =.=. So, one of my cute friend tanya atau lebih mudah beramah mesra dengan KJ (Ketua Jururawat) di Jabatan Sakit Puan. Dia ditegur kerana kami nih macam main redah je. Yelah, masuk-masuk takde hitam putih dan pilih-pilih kes, lepas tuh keluar. Normallah kan, orang luar masuk (yeke orang luar kami nih? huhuhu) kena minta izin tuan rumah kalau ye pun nak redah kan. Okeyh, kami maklum. Perkara ini haruslah dibawa ke atas agar perkara sebegini tidak berulang kembali.

Tentang masa ambil kes pula. Secara amnya ikut masa bekerja. Dalam 8.30 pagi - 4.30 petang (dalam guideline kursus ye). Tapi biasalah, cleark case bukannya lama sangat pun. Dalam 1 setengah jam paling kurang. Itupun selepas tambah tolak masa doktor nak check patient, bla nurse nak tulis nota kat BHT (bed head ticket - rekod pesakit), bila ada student kursus lain nak tengok jugak dan bila BHT dibawa pergi. Maknanya bila tiba-tiba patient tuh kena discharge. Ini memang sangat sedih sebab kena ambil kes lain. Cari lain. Tawaflah satu hospital. Huhuhu. Lebih kurang jam 12.30-1.00 dah siap dah. Kiranya macam dah boleh baliklah kan. Biasalah student, bukan bekerja lagi. Tapi sangatlah dinasihatkan untuk ikut masa bekerja sebab in the future kena ikut office hour juga. So, practice! Selagi bergelar pelajar, ikutlah masa belajar. Kekeke.

So far, untuk tiga-tiga attachment nih sangat seronok + preceptor yang sporting + lecturer yang cool. Just kena sangat-sangat rajin untuk mencari dan buat research. Yelah semakin banyak belajar, kenalah semakin banyak artikel yang dirujuk untuk support argument yang diberikan. Betul tak? Walaupun some clinical guideline practice said so, journals and articles really help us. Because in the future, lagilah banyak research yang diperlukan. Apa yang saya tahu, masa PRP dah kena buat thesis lagi. Last but not least, for my dearest friends and junior, all the best and good luck for us!! ;)